
Qunut Nazilah sepanjang Ramadan
AYER KEROH 20 Mac – Semua masjid dan surau di seluruh Negeri Melaka disarankan untuk mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat sunar witir sepanjang Ramadan.
Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, saranan itu adalah sebagai tanda solidariti umat Islam terhadap Palestin susulan kekejaman rejim Zionis Israel yang masih tidak berkesudahan.
“Jawatankuasan Fatwa Negeri Melaka bersetuju agar sepanjang Ramadan penuh keberkatan ini, umat Islam khususnya menyokong perjuangan para pejuang Palestin untuk membebaskan bumi mereka daripada cengkaman Israel.
“Justeru itu, semua masjid dan surau disarankan untuk melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah di dalam rakaan terakhir Solat Sunat Witir,” katanya.
Menurut Abdul Halim, bacaan doa Qunut Nazilah ini bertujuan memohon kepada Allah SWT agar memberikan keselamatan dan keamanan kepada seluruh penduduk Palestin selain diharap disegerakan gencatan senjata.
Sementara itu, beliau turut meminta surau dan masjid untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang Ramadan ini kerana ia bukan sahaja mengimarahkan bulan mulia ini tetapi juga merapatkan ukhwah silaturahim serta perpaduan Umat Islam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...