Qasidah, selawat junjungan Nabi bergema di Seri Bendahara

Masa Membaca:56 Saat

SERI BENDAHARA 15 Oktober – Selawat dan qasidah ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. bergema memenuhi pelusuk Kediaman Ketua Menteri di Seri Bendahara, di sini, malam tadi.

Program Seri Bendahara Berselawat Malam Cinta Rasul dimulakan pada jam 7.40 malam selepas solat Maghrib, dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 umat islam.

Majlis disambut penuh keberkatan diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang diiringi barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua jabatan dan agensi.

Majlis diraikan penuh kesyukuran kali ini merupakan kesinambungan Negeri Melaka meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Terdahulu program dimulakan dengan Majlis Bacaan Maulid Qasidah oleh Kumpulan Ahbabul Syam dari Damsyik, Syria diiringi Tausiyah oleh Muallim Muhammad Dhiya’uddin Noor Amali.

Majlis diadakan penuh keberkatan itu juga diikuti qasidah dan dan mahallul qiyam dari kumpulan Al-Hidayah diketuai Tausiyah Habib Abdullah Abdul Qadir Al Habsyi bersama mutarjim Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin.

Seterusnya, Habib Mahdi Abu Bakr Mahdi Al Hamid membacakan doa iringan sebelum diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6310
Kongsi :
Previous post Peralatan menyelamat LiSA ditempatkan di ‘hotspot’ lemas
Next post Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan dekat Sedenak
Ubah saiz-+=