Sorting by

×

Qari, qariah Indonesia johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI kali ke-11

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 5 Mei – Qari dan qariah dari Indonesia dinobat johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali ke-11 yang berlangsung secara maya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Muhammad Rizqon dari Kalimantan Selatan muncul qari terbaik selepas mengutip 88 peratus mata, manakala qariah dari Riau, Mawaddan Warahmah pula mengutip 86 peratus mata sekali gus menewaskan 38 finalis lain.

Selaku johan, kedua-dua mereka membawa pulang hadiah berupa RM5,000 berserta, sementara naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM3,000 dan RM2,000.

Majlis penutup Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI kali ke-11 itu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Seri Utama Idris Haron yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Wira Latipah Omar; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan lain-lain kenamaan.

Untuk rekod, seramai 64 peserta membabitkan 33 qari dan 30 qariah dari 13 negara anggota DMDI telah menyertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI kali ke-11 tahun ini.

Ia melibatkan peserta dari lapan buah negeri di Malaysia, 14 wilayah di Indonesia serta penyertaan dari Singapura, Thailand, Kemboja, China, Sri Lanka, Mauritius, Timor Leste, Australia, Bosnia, Herzegovina, dan Kanada.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1450
Kongsi :
Previous post Dua duda tokan dadah antara 47 ditahan
Next post ‘Ceriakan’ warga emas beraya tanpa anak-anak di Melaka
Ubah saiz-+=