
Putra Specialist Hospital-Bank of Riau jalin kerjasama pelancongan kesihatan
PEKANBARU 9 Jun – Putra Specialist Hospital (PSH) bakal menjalin kerjasama dengan Bank of Riau dalam sektor pelancongan kesihatan.
EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh yang mewakili PSH berkata, kerjasama itu terjalin dalam dalam kunjung hormatnya ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Bank of Riau Dr Andi Buchari, hari ini.
Beliau berkata, antara cadangan yang telah dipersetujui ialah mewujudkan hab PSH di Klinik Koperasi Bank of Riau.
Katanya, menerusi hab itu, PSH akan mengaturkan segala urusan pesakit dari Indonesia.
“Selain itu, kita juga bersetuju mewujudkan ‘special lane’ dan diskaun istimewa untuk pemegang kad kredit Bank of Riau yang menjalani rawatan di PSH.
“Malah, staf Bank of Riau seramai hampir 2,300 orang juga boleh menggunakan manfaat perubatan di PSH, selain turut menggiatkan promosi saringan kesihatan setahun sekali sambil bercuti ke Melaka kepada staf bank itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata, perbincangan itu turut mencadangkan pertukaran kepakaran dan teknologi dalam bidang perubatan di antara kedua-dua negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...