Pusat tahfiz mesra warga emas di Asahan
Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat
ASAHAN 18 Mei – Sebuah pusat tahfiz baharu bertemakan mini kompleks Islam yang mesra warga emas pertama di Negeri Melaka, bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, pembinaan pusat tahfiz dinamakan ‘Desa Sunnah Anjung Hidayah’ dijangka membabitkan kos sebanyak RM5 juta.
Fairul Nizam berkata, selain mempelajari ilmu al-Quran pusat tahfiz itu juga menjadi tempat bagi orang ramai khusus warga emas mendalami ilmu agama Islam
“Insya-Allah pusat tahfiz ini akan dibina diatas sebidang tanah seluas 3.64 hektar yang diwakafkan dengan kerjasama Persatuan Usahawan Nusantara.
“Ahli perstuan ini adalah dalam kalangan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selepas ini akan ada lima pusat tahfiz di DUN Asahan,” katanya pada sidang media sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan di Dataran MARA, Pekan Asahan, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, pusat tahfiz berkenaan boleh menempatkan 150 orang pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan asrama.
“Dengan kemudahan yang ada ini kita menjemput kepada mana-mana warga emas yang berminat boleh datang ke pusat ini bagi mendalami ilmu agama selain pelbagai aktviti lain seperti pengajian al-Quran.
“Kita harap pemaju pastikan segala permohonan dan pembinaan dijalankan mengikut peraturan termasuklah kebenaran merancang, kebenaran kelulusan pelan pembinaan serta perlu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
3281