Pusat Komuniti PERWAJA satukan komuniti Jawa
AYER MOLEK 30 Mac- Bangunan Pusat Komuniti Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA) Paya Dalam yang sudah siap sepenuhnya akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan masyarakat itu yang menetap sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
Setiausaha PERWAJA Darmawan Samsudin berkata, persatuan itu yang ditubuhkan pada 2019 bertujuan mengumpul dan memusatkan aktiviti komuniti masyarakat Jawa di negeri ini.
Beliau berkata, pusat komuniti itu dibina di tapak bangunan yang terbengkelai sejak 25 tahun lalu dan siap sepenuhnya bulan ini.
“Antara program yang dijadualkan akan diadakan di situ adalah kelas bahasa Jawa kerana ramai orang Jawa tidak tahu menuturkan bahasa ibunda mereka.
“Dianggarkan ada 10,000 komuniti Jawa di Melaka khusus sekitar Paya Dalam termasuk, Paya Tanjung, Paya Redan dan Tambak Jaya. Apabila ada bangunan semua akttiviti tertumpu di sini selepas ini,” katanya.
Katanya antara aktiviti terbaharu dijalankan adalah Mesyuarat Agung PERWAJA 2020 & 2021 yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman pada 25 Mac lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...
PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT, DUA LAGI CEDERA
BANDARAYA MELAKA 25 November - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima maut, selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang sebelum dirempuh sebuah lagi...
GURU DIKHUATIRI LEMAS: OPERASI SAR BERSAMBUNG
KUANTAN 25 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru penolong kanan kokurikulum yang dikhuatiri lemas ketika memancing di...
WARGA EMAS JUARA KEMBARA PANCING MELAKA, BAWA PULANG RM15,000
KLEBANG 25 November - Otai masih berbisa. Itu gelaran yang layak diberikan kepada Yusrizal Nurun, 65, apabila muncul johan pada...
KKBBM JAGA KEBERSIHAN TAMAN LAUT MELAKA
AYER KEROH 25 November - Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menzahirkan semangat cintakan alam sekitar menerusi penganjuran aktiviti gotong-royong...