Sorting by

×

Pusat Kecemerlangan TVET perkasa pendidikan kemahiran

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 10 Januari – Penubuhan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET Centre of Excellence) menjadi fokus utama untuk direalisasikan tahun ini.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan agenda itu dicapai, sekali gus mampu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat pendidikan TVET terkemuka negara.

“Kita telah merangka pelbagai perancangan selain menyelaraskan perjalanan bagi memastikan penubuhkan pusat kecemerlangan TVET di Negeri Melaka direalisasikan tahun ini.

“Sudah tentu bagi tempoh jangka masa panjang kewujudan pusat kecemerlangan ini akan memberikan manfaat lebih besar kepada anak-anak Melaka khususnya selain, mereka datang dari luar untuk mengikuti kursus kemahiran di institusi TVET beroperasi di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Khaidhirah berkata, selain itu Kerajaan Negeri bercadang menganjurkan karnival berkaitan bidang kerjaya dan kemahiran pada skala lebih besar pada tahun ini dalam usaha berterusan mempromosikan TVET sebagai bidang pengajian pilihan.

Menurut beliau, cadangan itu adalah susulan sambutan amat menggalakkan diterima ketika penganjuran Karnival Pendidikan dan TVET pada November lalu.

“Penganjuran tahun ini  akan lebih besar dan diangkat sebagai program peringkat kebangsaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post MPAG tangkap 1,081 haiwan terbiar
Next post Sigma Replacement Band imbau rock kapak
Ubah saiz-+=