Sorting by

×

Pupuk semangat usahawan menerusi koperasi

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Oktober – Koperasi kini menjadi antara medium utama dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan khusus dalam kalangan pelajar sekolah dan belia di Negeri Melaka Khususnya.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, berdasarkan statistik setakat 31 Disember 2022 Melaka mempunyai sebanyak 84 koperasi sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, secara keseluruhan koperasi berkenaan meraih pendapatan sebanyak RM13.508 juta, modal syer/yuran sebanyak RM920,674, aset sebanyak RM18.451 juta dan keanggotaan seramai 69,121 ahli.

“Tahun lalu koperasi sekolah mencatatkan pendapatan tertinggi adalah Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah Melaka Berhad, dengan pendapatan sebanyak RM 521,615.71 .

“Menariknya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) saya sendiri (DUN Kesidang) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah Melaka Berhad adalah koperasi yang mencatatkan pendapatan tertinggi pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM185,300.00 dalam kalangan koperasi-koperasi di DUN Kesidang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Penutup Program YESS Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi@Mohd Hasim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka, Mohd Firdaus Shaari, Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jamsari Mariman serta Pengurus TEKUN Negeri Melaka, Anuar Abu Zarin.

Hadir sama Pengarah SME Corp Malaysia Negeri Melaka, Noor Azzam Yaazizul Ghafar, Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan, Hafizal Abu Bakar, Pengerusi ANGKASA Melaka, Abdul Rahim Md Tawel, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jalan Hang Tuah Abd Razak Mohd Atan dan Pengurus Coop Bank Pertama Cawangan Ayer Keroh Melaka, Mohd Shariman Mazlan.

Menurutnya, Program YESS Tahun 2023 ini adalah antara inisiatif dipelopori oleh SKM sejak tahun 2008 lagi dan kali terakhir telah diadakan pada tahun 2019.

“Namun, ianya tepaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda Negara kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

995
Kongsi :
Previous post Simposium beri pendedahan kerjaya logistik
Next post UTeM terima 2,530 pelajar baharu
Ubah saiz-+=