Pupuk semangat juang bak pahlawan

Masa Membaca:56 Saat

PANTAI KUNDOR 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi telah menaja 100 pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung, di sini, menonton wayang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, baru-baru ini.

Tajaan itu diberikan sebagai antara usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pahlawan dan pejuang tanah air suatu ketika dahulu.

Pada masa sama, program yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan itu juga bertujuan memupuk erti sebuah perjuangan kepada mereka yang terlibat.

Tuminah berkata, program yang diadakan di sebuah panggung wayang di Elements Mall Banda Hilir itu juga turut disertai guru-guru, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan Balai Polis Tanjung Kling, wanita UMNO Pantai Kundor serta staf Japerun Pantai Kundor.

“Filem Mat Kilau bukan sekadar tanda sokongan kepada filem Melayu,malahan lebih daripada itu.

“Kita mahu program ini bukan sahaja menambah pengetahuan tentang perjuangan pahlawan Melayu bahkan turut memupuk semangat juang tinggi kepada anak bangsa masa kini,” katanya.

Pada program itu, semua yang terlibat turut kelihatan ‘sporting’ mengenakan busana Melayu sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1422
Kongsi :
Previous post Gerakan koperasi antara langkah hapus orang tengah
Next post Merdekakan kampung dari kekotoran
Ubah saiz-+=