Sorting by

×

Pupuk hubungan harmoni pekerja, majikan

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Simposium Keharmonian Perusahaan Zon Selatan Tahun 2023 diadakan bertujuan memupuk hubungan harmoni antara majikan dan pekerja serta menyediakan platform berkongsi idea dan pendapat.

Program anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

Menurut Mustapha, simposium tersebut mampu menjadi wadah buat majikan, pekerja dan kesatuan sekerja saling bertukar idea dan pandangan agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.

“Simposium ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan undang-undang buruh.

“Objektif utama simposium ini mampu memberi impak positif terhadapan keharmonian perusahaan negara.

“Dengan adanya keharmonian di tempat kerja, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keuntungan syarikat seterusnya meningkatkan pendapatan pekerja dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Simposium Keharmonian Perusahaan Zon Selatan Tahun 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JPPM, Khalid Jali dan kenamaan lain.

Turut hadir kira-kira 170 peserta yang melibatkan semua sektor perniagaan daripada Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

917
Kongsi :
Previous post Melaka promosi TMM2024 di Itali
Next post Jualan Rahmah Melaka catat hasil jualan RM1.2 juta
Ubah saiz-+=