Sorting by

×

Pulau Melaka pusat perkembangan ekonomi belia

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

LENDU 18 Februari – Pulau Melaka digambarkan akan menjadi pusat perkembangan aktiviti ekonomi dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia negeri ini yang berminat dengan bidang perniagaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berikutan itu belia diminta memanfaatkan peluang sewaan lot kedai pada kadar yang amat berpatutan ditawarkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) selaku pengendali pusat komersial itu.

“Saya minta pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri untuk uruskan perkara ini bersama pengurus besar CMI. Kita ada 617 unit lot kedai yang ditawarkan kepada belia untuk menjalankan apa sahaja aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

“Belia boleh menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan seperti ‘home stay’ (inap desa) dan pusat tuisyen. Tawaran ini hanya untuk belia Melaka sahaja, tidak ada di tempat lain kecuali Melaka,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 (MPAT-40) Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga Presiden MGBM yang baharu, mantan Presiden MGBM Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali serta Pengarah JBS Melaka, Khairul Adri Rosli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

661
Kongsi :
Previous post Beras putih tempatan hanya dijual di tujuh pasar tani FAMA di Melaka
Next post Pusat kecemerlangan TVET, sedia tenaga mahir
Ubah saiz-+=