
Pulau Besar ditutup hingga 27 Ogos
AYER KEROH 13 Ogos – Pulau Besar akan ditutup daripada kunjungan orang awam dan sebarang aktiviti laut bermula 16 hingga 27 Ogos ini.
Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada operasi saringan Covid-19 dan pembersihan bersepadu.
“Untuk makluman kepada semua, Kerajaan Negeri Melaka telah mengarahkan Pulau Besar ditutup dari kunjungan orang awam dan tiada sebarang aktiviti laut serta pantai bermula dari 16 Ogos (Ahad) hingga 27 Ogos (Khamis) bagi memberi laluan kepada operasi saringan Covid-19 dan pembersihan bersepadu.
“Mohon kerjasama semua untuk mematuhi arahan ini dan sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan Jabatan Laut Wilayah Selatan atau Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka,” kata kenyataan itu.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
SUNGAI LEREH TERCEMAR 11 KALI DALAM 3 BULAN
KLEBANG 14 Mac - Masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Lereh perlu diatasi segera dengan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...