Sorting by

×

Pulangkan rantai, sebelum terbabit kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 6 Okt. – “Saya tidak mengesyaki apa-apa ketika dia memulangkan semula rantai emas yang pernah diberikan kepadanya empat tahun lalu, semalam, saya ingatkan dia sahaja berbuat begitu.

“Tidak sangka mungkin itu petanda dia akan tinggalkan kami keluarga selepas adiknya kira- kira empat tahun lalu akibat demam panas,” kata Khalsom Md Ali, 58, ibu kepada mangsa kemalangan maut.

Dalam kejadian kira- kira jam 8 pagi itu, Nurul Shamira Mohd Rajuna, 24, bersama rakannya Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi kereta dalam kejadian di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, semalam.

Menurut Khalsom, ketika kejadian anak sulung bersama rakannya itu dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, pada Sabtu Nurul Shamira pulang ke kampung kerana rindu dan ingin berjumpa anak lelaki tunggalnya berusia tiga tahun serta menghadiri kenduri kahwin seorang rakannya.

“Pada Sabtu selepas ke kenduri rakannya itu dia meluangkan masa keluar bersama anaknya serta turut membeli mainan,” katanya.

Ujarnya, sebelum kejadian anaknya ada menelefon bertanyakan sama ada di rumah mempunyai ‘jumper’ atau tidak kerana enjin kereta Fikry tidak dapat dihidupkan selepas berhenti mengisi minyak.

“Selepas itu saya beberapa kali cuba menelefonnya untuk bertanyakan keadaan mereka, namun tidak dapat dihubungi sehinggalah pihak polis datang ke rumah kira-kira jam 10 pagi memaklumkan kejadian menimpa anak dan rakannya,” katanya.

Views:

348
Kongsi :
Previous post CDC maklumkan COVID-19 sesekali boleh tersebar melalui udara
Next post PKNM komited perkasa ekonomi negeri
Ubah saiz-+=