
PTPTN serah zakat perniagaan RM100,000
AYER KEROH 26 Disember – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Zakat Melaka.
Penyerahan itu disampaikan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN Azhar Ahmad mewakili perbadanan itu membacakan lafaz akad dan menyerahkan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Tun Mohd Ali.
Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Melaka Mas Anisah Ayu Othman dan Pengurus Cawangan, Pejabat PTPTN Negeri Melaka Nor Hidayu Kassim.
“Semoga dengan penyaluran zakat perniagaan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam secara amnya dan golongan asnaf di negeri Melaka khasnya,” kata PTPTN dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...