Sorting by

×

PSM turun padang beri sokongan kepada pesakit

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BUKIT KATIL 23 Mac – Riak wajah ceria jelas terpancar pada raut wajah tiga pesakit kronik apabila dikunjungi dan disantuni sekumpulan warga Klinik Rawatan Kesakitan, Hospital Melaka.

Kesemua mereka ini adalah pesakit yang menerima rawatan kesakitan

secara berterusan dalam jangka masa setahun hingga lima tahun akibat penyakit dihadapi.

Pengerusi Pain Society Malacca (PSM), Dr Fairuz Nur Ashiqin Md Khadzali berkata, kunjungan ke rumah pesakit kronik Klinik Rawatan Kesakitan itu bukan sahaja untuk bertanya khabar dan melihat keadaan terkini pesakit malah menyampaikan bantuan keperluan harian.

“Untuk kali ini, PSM bersama-sama dengan wakil Japerun Bukit Katil sempat meluang masa menziarah ke tiga rumah pesakit di sekitar Bukit Beruang dan Bukit Katil bagi menyantuni mereka.

“Bagi program ziarah pesakit kronik ini ia pertama kali diadakan, antaranya terdiri daripada pesakit ‘amputee’ yang mana pesakit kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis dan pesakit kronik saraf pasca jangkitan kayap.

“Menerusi kunjungan ziarah ini PSM berharap ia secara tidak langsung dapat meringankan beban pesakit dan berkongsi keadaan kesihatan terkini  pesakit,” katanya.

Terdahulu, Dr Fairuz Nur Ashiqin bersama kumpulan PSM dan wakil Japerun Bukit Katil, turun padang melakukan Ziarah Kasih Ke Rumah Pesakit Klinik Rawatan Kesakitan, Hospital Melaka.

Menurutnya, selain sokongan daripada ahli keluarga terdekat, pesakit-pesakit ini juga memerlukan kata-kata semangat dari komuniti luar supaya mereka tidak rasa seakan jauh dari orang sekeliling.

“Program ziarah ini antara medium yang baik dalam kita menyantuni pesakit-pesakit kerana ia memberi suasana positif dan pada masa sama dapat memberi motivasi kepada mereka ini.

“Sebelum ini kita pernah adakan Program We Care Community Outreach iaitu ziarah bekas pesakit COVID-19 yang ‘survive’ selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) jadi menerusi program sebegini kita dapat berkongsi pengalaman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post Hiasan Pelita terangi DUN Sungai Rambai
Next post KRT Melaka agih 50,000 pek bubur lambuk
Ubah saiz-+=