PSG juara Champions League?

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

CADANGAN penganjuran Liga Super Eropah (ESL) ternyata membuatkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berang selepas presidennya, Aleksander Ceferin yang melabelkan perancang liga itu sebagai ‘ular’ yang ‘meludah ke muka’ peminat bola sepak, menurut laporan portal Berita Harian sebentar tadi.

Malah, UEFA sedia menyingkirkan Chelsea, Manchester City dan Real Madrid daripada Liga Juara-Juara musim ini dan memberikan gelaran kejuaraan kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Ceferin yang mengakui marah dengan sikap tamak dan mementingkan diri 12 kelab berkenaan, membuat ancaman berkenaan dalam sidang akhbar.

“Pemain yang akan bermain bersama pasukan yang mungkin beraksi dalam liga tertutup akan diharamkan daripada bermain di Piala Dunia dan Euro serta tidak boleh mewakili negara mereka dalam mana-mana perlawanan.

“Kami masih memantau situasi berkenaan bersama pasukan undang-undang kami. Kami akan menggunakan semua kuasa yang boleh dan akan memberitahu anda secepat mungkin jika kami mendapat jawapan jelas.

“Mereka perlu diharamkan secepat mungkin daripada semua kejohanan dan pemain tidak boleh beraksi daripada semua kejohanan kami.”

Ditanya sama ada langkah berkenaan akan berkuatkuasa untuk sepanjang musim ini dan kemudian musim panas nanti, Ceferin berkata: “Saya berkata mereka tidak boleh bermain dalam kejohanan kami, tapi saya tidak tahu bila.

“Perkara ini baharu buat kami. Kami mungkin naif kerana tidak sedar ada ular dekat dengan kami tapi kini kami tahu dan akan mengatasinya, dan akan mengambil tindakan undang-undang tidak lama lagi,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

684
Kongsi :
Previous post 220 usahawan sertai ‘Warna-warni Aidilfitri’
Next post Gempa bumi sederhana melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia
Ubah saiz-+=