Sorting by

×

PSBM gerakkan ahli bantu mangsa ribut

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 10 Ogos – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa yang kediaman mereka dibadai ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Persatuan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM) menggerakkan anggotanya bagi menjalankan misi bantuan.

Pengerusi PSBM, Ashwad Abd Rahim berkata, seramai kira-kira 30 sukarelawannya digerakkan bagi menjalankan kerja pembersihan kediaman mangsa yang terjejas bagi membolehkan kerja baik pulih dilakukan segera serta penduduk dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

“Kita bersimpati terhadap kesemua mangsa ini, esok kita jangka akan menggerakkan 10 aset pacuan empat roda bersama kira-kira 30 sukarelawan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja pembersihan.

“PSBM akan bersama agensi kerajaan lain membantu dan memberi bantuan sewajarnya kepada rumah yang terjejas. Kediaman yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut sudah pasti terjejas teruk dan sudah pasti kerja pembersihan tidak mampu dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa jadi kami sukarelawan akan tampil hulurkan bantuan,” katanya.

Ashwad berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa melawat kawasan yang terjejas di Kampung Pasir Gembur, petang tadi.

Menurutnya, selain menghulurkan bantuan membersihkan kediaman penduduk, PSBM juga akan mengagihkan kit makanan yang diharap dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan, sebanyak 58 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terjejas akibat ribut yang melanda kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2263
Kongsi :
Previous post Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Next post Ladang sawit dipercayai punca banjir berlaku dua kali seminggu
Ubah saiz-+=