PRU15: Penamaan calon ditutup, kempen bermula
PUTRAJAYA, 5 Nov – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.
PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.
Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 Nov nanti.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media pada 12 tengah hari ini di Menara SPR, di sini, bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.
SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...