
PRU15: Hindari pasang bahan kempen di premis atau pepasangan elektrik TNB
KUALA LUMPUR, 2 Nov – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan parti-parti politik agar tidak memasang bahan kempen di premis dan pepasangan elektrik milik syarikat itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 5 hingga 18 Nov ini.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana berisiko mengakibatkan renjatan elektrik selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku sehingga merosakkan harta benda bahkan boleh mengancam nyawa.
“Pemasangan bahan-bahan kempen itu juga boleh menghalang warga kerja TNB mendapat akses untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
TNB menjelaskan bahawa larangan itu termasuk menampal atau menggantung poster, bendera dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.
Orang ramai juga dinasihati agar tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera yang diperbuat daripada buluh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...