PRU15: CUEPACS cadang cuti umum khas 18 November, mudahkan rakyat balik mengundi
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.
“Ada dalam kalangan mereka yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adnan berkata walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, CUEPACS bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MINDEF TIDAK BERCADANG PERKENAL MODEL ELAUN KEPADA PLKN 3.0
ALOR GAJAH 20 Disember - Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara...
PESARA RUGI LEBIH RM134,000 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD DI TIKTOK
KUANTAN 20 Disember - Seorang pesara wanita mengalami kerugian lebih RM134,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan...
NUTP MAHU TAMBAH JUMLAH AHLI SELURUH NEGARA
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Jumlah warga pendidik di negara ini yang berdaftar sebagai ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia...
442 NELAYAN ALOR GAJAH, PORT DICKSON TERIMA SAGU HATI
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Seramai 442 nelayan dari daerah Alor Gajah termasuk Port Dickson, Negeri Sembilan yang terkesan dengan...
KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK MELAKA, KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Kerajaan Melaka akan terus menyokong dan memberi keutamaan terhadap kemajuan sektor pendidikan demi kelangsungan dan...
MELAKA LAKSANA PEMUTIHAN NELAYAN, BATAL LESEN ‘ALI BABA’
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Kira-kira 20 peratus lesen nelayan di negeri ini dibatalkan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menerusi pelaksanaan...