PRU15: Anak muda bantu lancarkan gerak kerja BN Melaka
TANJUNG BIDARA 9 November – Gerak kerja dan perjalanan kempen calon Barisan Nasional (BN) di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak dibantu oleh golongan anak muda.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, antara faktor golongan muda terpanggil melancarkan perjalanan kempen parti berkenaan adalah berikutan pemilihan calon muda yang ditampilkan parti itu.
“Gerak kerja ini sememangnya telah diwariskan kepada setiap generasi dan kali ini generasi baharu mengambil alih gerak kerja pilihan raya dengan peraturan dan perancangan yang baik.
“Disebabkan BN mempertaruhkan ramai calon muda, anak-anak muda ini dilihat begitu teruja untuk bersama-sama meraikan seorang calon dari kawasan mereka yang bakal menjadi wakil di Parlimen kelak.
“Alhamdulillah, setakat ini saya sangat berpuas hati dengan gerak kerja dan perjalanan PRU15 ini di Melaka,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan merasmikan program DUN Tanjung Bidara Beach Clean Up di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
22 PATI DICEKUP TINGGAL LEBIH MASA, LANGGAR SYARAT PAS
AYER KEROH 7 November - Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan dijalankan penguatkuasa...
TEATER MUZIKAL MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA PADA 22 DAN 23 NOVEMBER INI
SERI NEGERI 7 November - Orang ramai khusus peminat seni dipelawa untuk menyaksikan teater muzikal wayang perpaduan peranakan bertajuk Manek...
NELAYAN MAUT, MOTOSIKAL REMPUH KERETA KELUAR SIMPANG
JASIN 7 November - Nelayan maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang mahu keluar simpang di Jalan Melaka-Muar,...
TADIKA ANAK ISTIMEWA, AUTISME SETIAP DAERAH SELURUH NEGARA
ALOR GAJAH 7 November - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak...
PELAJAR PRAUNIVERSITI PERLU CELIK DIGITAL, TEKNOLOGI – KM
LENDU 7 November - Setiap pelajar Kolej Tingkatan 6 (Prauniversiti) diingatkan supaya mempersiapkan diri dengan menguasai ilmu digital dan mengikuti...
KAMPUNG DIGITAL, PARAMEDIK KOMUNITI JADI CONTOH PADA NEGERI LAIN
ALOR GAJAH 7 November - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital dan Paramedik Komuniti oleh Kerajaan Melaka wajar dijadikan contoh oleh negeri...