Proton ‘lama’ pujaan hati pemuda UK

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat
Kredit Foto Facebook Jon Coupland

MODEL ‘lama’ kereta Proton Saga amat popular suatu ketika dahulu, lebih-lebih lagi pada awal kemunculannya pada tahun 1985, sememangnya model kereta ini adalah antara yang pernah menjadi fenomena di Malaysia.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai kereta berkonsepkan moden memenuhi pasaran global, dan Proton sendiri sudah mengorak langkah dengan mempelbagaikan model varian mengikut kehendak pengguna dan teknologi semasa.

Namun begitu, tidak disangka model Proton Saga lama masih mempunyai peminatnya tersendiri, bukan sahaja di dalam negara, tetapi turut diminati oleh peminat di luar negara.

Semalam di halaman ‘group’ (kumpulan) Facebook bernama ‘Cars You Don’t See Anymore’, seorang ahli kumpulan tersebut, Jon Coupland, telah mengongsikan koleksi Proton Saga yang masih dalam kondisi baik.

Jon yang berasal dari Wakefield, United Kingdom (UK), mengongsikan beberapa keping gambar model Proton Saga dengan kapsyen, “Managed to get out into the garage today and get caught up on a few jobs on the latest addition to my fleet. The 1.3 GLS. Anyone else been tinkering today?”.

Menariknya, garaj miliknya itu persis seperti sebuah ‘Showroom’ yang dikhaskan untuk koleksi model Proton Saga miliknya.

Setakat hari ini, hantarannya itu telah dikongsikan oleh 33 pengguna Facebook serta mempunyai 114 komen.

Views:

1833
Kongsi :
Previous post Dewan Negara bahas usul kartel daging haram
Next post Ibu tunggal tak mengaku tipu insurans lebih RM700,000
Ubah saiz-+=