ProtectHealth terima dua anugerah, usaha bantu tahap kesihatan negara

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 14 Dis – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menerima dua anugerah iaitu ‘Outstanding COVID-19 Vaccination Delivery of the Year’ dan ‘Asia Pacific Outstanding Business Leader Lifetime Achievement Award’ pada 10 dan 13 Dis 2021 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata anugerah itu bukti dedikasi ProtectHealth selain pengiktirafan terhadap keupayaan serta kepimpinan menguruskan inisiatif berskala nasional dan menerajui kerjasama awam-swasta dalam penjagaan kesihatan.

“Anugerah ini juga merupakan penghormatan dan penghargaan atas usaha kolektif tanpa jemu semua pekerja dan rakan kongsi ProtectHealth melalui PeKa B40 dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Perjuangan ini masih belum selesai dan ProtectHealth akan terus membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan dalam semua usaha kesihatan negara,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

ProtectHealth dianugerahkan Outstanding COVID-19 Vaccination Delivery of the Year di GlobalHealth Asia Pacific Awards 2021 yang dianjurkan oleh GlobalHealth and Travel (GHT).

GHT terkenal dalam industri kesihatan dengan menghubung para pemimpin dan perintis industri serta kerjasama rentas industri.

Dr Anas pula menerima anugerah Asia Pacific Outstanding Business Leader Lifetime Achievement Award di Asia Pacific Outstanding Business Leader Achievement Awards oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).

“KSI merupakan salah satu badan pemikir bebas terkemuka di rantau ini, ia ditubuhkan bagi memberikan khidmat nasihat strategik, taklimat eksekutif peringkat tinggi, persidangan antarabangsa, dasar meja bulat dan sidang kemuncak peringkat kebangsaan.

“Sehingga 12 Dis lalu, ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan telah menyumbang 46 peratus atau lebih 28 juta dos dalam PICK,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

773
Kongsi :
Previous post Tindakan segera, tegas kepada sekolah sembunyi kes buli – KPM
Next post Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah
Ubah saiz-+=