Sorting by

×

Promosi pelancongan Malaysia guna strategi bersesuaian

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PUTRAJAYA, 4 Mac – Pegawai Tourism Malaysia (TM) yang ditempatkan di luar negara perlu memainkan peranan mempromosikan sektor pelancongan Malaysia dengan menggunakan strategi pemasaran yang bersesuaian dengan norma negara berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy yang mengadakan pertemuan dengan lapan pegawai TM yang akan ditempatkan di luar negara semalam berkata, pegawai TM juga harus berusaha mempelbagaikan strategi pemasaran seiring dengan perkembangan teknologi digital agar dapat mencapai kelompok sasaran.

“Mereka perlu menjalinkan hubungan yang baik bersama negara penempatan dan bekerjasama erat dengan pemain industri tempatan.

“Mereka turut diseru untuk mempelbagaikan promosi pakej-pakej pelancongan baharu serta memberi tumpuan kepada emerging market di negara penempatan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena pertemuan itu.

Lapan pegawai TM itu akan ditempatkan di Pejabat TM di London; Jakarta, Indonesia; Istanbul, Turki; Sydney, Australia; New Delhi, India; Jeddah, Arab Saudi; Taipei, Taiwan dan Auckland, New Zealand.

Nancy berkata Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Kita mesti menarik minat seluruh spektrum pelancong seperti cultural enthusiasts, environmental lovers dan medical tourist. Ini bagi mencapai sasaran pemasaran yang unik, strategik dan seiring dengan matlamat DPN dan DAKEN,” katanya Malaysia juga akan membuka sempadannya apabila tiba masanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1183
Kongsi :
Previous post Kerajaan tarik balik permohonan lucut hak harta hampir RM16 juta milik keluarga Abdul Azeez
Next post Ismail Sabri dapat injuksi ad-interim terhadap Agenda Daily
Ubah saiz-+=