Sorting by

×

PROMIS 7.0 medan gilap kepimpinan MPP

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MERLIMAU 16 April. – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengambil inisiatif melatih 40 barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memupuk sifat kepimpinan serta berpersonaliti.

Usaha itu dilaksanakan menerusi penganjuran Program Kepimpinan Mahasiswa Dinamis (PROMIS) 7.0 selama tiga hari membabitkan MPP PMM sesi 2020/2021.

Pengarah PMM Mohd Hatta Zainal berkata, barisan MPP itu adalah mereka yang baharu memenangi Piliharan Raya Kampus pada 7 April lalu secara dalam talian.

SEBAHAGIAN pemimpin pelajar yang menyertai PROMIS 7.0 baru-baru ini.

“Ini merupakan acara tahunan yang menjadi medan mendidik dan melatih pelajar dalam aspek kepimpinan, personaliti dan komunikasi.

“MPP ini perlu membahagikan masa antara akademik dan tanggungjawab sebagai pemimpin sekali gus menjadi contoh kepada pelajar lain,” katanya pada program tersebut di Kem Permata Resort, baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Psikologi merangkap Pengarah PROMIS 7.0 Mohamad Hasbullah Mustafa berkata, program itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin pelajar di kampus.

“Ini termasuklah melatih kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi selain membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan barisan pimpinan baharu.

“Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah kepimpinan, aktiviti menyusuri hutan, keyakinan di air dan dan sesi perbincangan,” katanya.

Hasbullah berkata, aktiviti itu bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai daya tahan menghadapi tekanan, sentiasa proaktif dan sistematik dalam perlakuan mereka.

“Peranan mereka penting sebagai penghubung antara pihak pengurusan dengan pelajar dalam menyalurkan maklumat dan isu-isu yang berkaitan terutama dalam cabaran norma baharu untuk mendepani pandemik COVID-19 di kampus,” katanya.

Program anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM itu dirasmikan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Ts Zan Aizuwan Zainal Abidin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

524
Kongsi :
Previous post Nenek rugi RM18,000 diperdaya Love Scam
Next post PDRM kemas kini aplikasi bayar saman
Ubah saiz-+=