Sorting by

×

PROJEK WTE BERMULA JUN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 22 Februari – Pembinaan loji Sisa Kepada Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, perkembangan projek itu kini berada di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, perkembangan pelaksanaan projek itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr. Mohd Azhar Abd Hamid kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam pertemuan baru-baru ini.

“Kita di Melaka hanya menunggu untuk memastikan pembnan insinerator ini dapat dilaksanakan sesegera mungkin.

“Pada pertengahan tahun ini kita akan ada ‘progress’ (perkembangan) yang besar. Bajet pembinaan sudah lulus malah projek juga sudah ‘award’ kepada syarikat dan sekarang kita hanya menunggu pelaksanaannya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) MBMB Perdana: 100 Tan KG Kitar Semula Komuniti Lestari di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), hari ini.

Hadir sama pada program itu adalah Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman di MBMB.

Rais berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyatakan komitmen berhubung kelewatan pelaksanaan projek itu.

“Projek WTE ini adalah projek di peringkat Persekutuan dan Melaka tertakluk di bawah Akta 672, segala perihal sampah sarap tertakluk di bawah kementerian dan kita bukannya negeri-negeri yang boleh menguruskan sampah dengan sendiri, namun begitu Melaka kita bukan hanya menunggu tetapi tetap mengejar.

“Malah Ketua Menteri juga amat memberi perhatian agar pelaksanaan projek WTE ini dapat direalisasikan sesegera mungkin.

“Ini kerana selagi insinerator ini tidak dilaksanakan kita sentiasa berada dalam ketakutan kerana pada Mac tahun depan kapasiti tapak pelupusan sampah di Sungai Udang sudah mencapai had sepatutnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

94
Kongsi :
Previous post FASILITI ‘DROP OFF COLLECTON KITARECYCLE’ DI SETIAP PARLIMEN
Next post BEKAS AHLI PERNIAGAAN WARGA CHINA RUGI RM4.2 JUTA TERPEDAYA MACAU SCAM