Projek Urban Ocean urus sistem sampah – MBMB
AYER KEROH 13 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di bawah Global Resilient Network (GRCN) menyertai projek Urban Ocean bagi melaksanakan projek disenarai pendek dalam Strategi Daya Tahan Bandar Melaka.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, projek itu menghasilkan cadangan sistem pengurusan sampah yang berkesan dan dapat mengurangkan pelepasan plastik ke lautan.
“Projek ini membawa MBMB bersama bandar-bandar terpilih seperti Bandar Pune di India, Bandar Toyama di Jepun, Bandar Semarang di Indonesia dan Bandar Chan Tho di Vietnam.
“Ia merupakan projek kerjasama antara MBMB, Global Resilient Cities Network, The Circulate Initiatives dan Ocean Conservancy,” katanya kepada MHI.
Pada 7 Oktober lalu University of Georgia New Materials Institute, Center for Circular Materials Management sebagai perunding utama dan Faculty of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai perunding tempatan telah menjalankan latihan percubaan aplikasi ‘Debris Tracker’ sebelum menjalankan kajian penuh pada November ini.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...