Sorting by

×

Projek tambak pasir Pantai Telok Gong atasi hakisan

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LINGGI 14 Jun – Kerja-kerja penambakan pasir di pesisir Pantai Telok Gong dilakukan bertujuan mengatasi hakisan pantai yang berlaku sebelum ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Ir. Ts. Faiz Hassan berkata, projek berkenaan bermula lebih awal daripada dijadualkan dan dijangka mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan.

Menurutnya, projek tambakan dengan kelebaran 30 meter dan panjang 300 meter itu dibangunkan dengan menelan peruntukan sebanyak RM2.02 juta.

“Skop projek ini dibangunkan sepanjang 300 meter di sekitar Pantai Telok Gong yang mana ia dijadualkan siap menjelang 18 Oktober tahun hadapan.

“Dengan penambakan yang dijalankan ia sekurangnya mampu mengatasi isu hakisan pantai yang berlaku khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Tanjung Bidara.

“JPS berharap agar projek yang dilaksanakan kontraktor terlibat dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kerja-kerja penambakan berkenaan telah dijalankan bermula 7 Jun lalu oleh kontraktor yang dilantik.

Kerja-kerja pengorekan dan penambakan itu dilakukan menggunakan jentera berat termasuk mesin penyedut pasir (dredger) di sekitar lokasi berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1458
Kongsi :
Previous post INSWA terus angkat martabat Dondang Sayang
Next post Melaka Agrofest 2023 sasar nilai jualan RM1 juta
Ubah saiz-+=