Projek PPR Klebang di fasa akhir, siap Dis 2023

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KLEBANG 22 Julai- Selepas empat tahun terbengkalaim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang kini diperingkat akhir untuk disiapkan apabila kontraktor baharu dilantik sudah memulakan kerja pembinaan tergendala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, selepas dilantik kontraktor sudah mengambil tapak pada 13 Jun lalu dan memulakan kerja yang masih belum siap.

Beliau berkata, selain menyiapkan kira-kira 10 peratus kerja yang belum siap kontraktor juga perlu menilai beberapa aspek keselamatan lain termasuk lif.

“Kerja-kerja menyiapkan keseluruhan itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2023 dan bagi memastikan kontraktor dilantik dapat menyiapkan kerja mengikut jadual ditetapkan JAPERUN (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri) Klebang akan memantaunya.

“Kita harap tiada lagi sebarang masalah dan ianya dapat disiapkan mengikut jadual kerana sudah terlalu lama pemohon menunggu untuk mendiaminya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Mohd Salleh Hamidom di tapak PPR Klebang hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, proses pemilihan 255 penghuni yang membuat permohonan akan dijalankan LPM sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKN).

“Senarai pemilihan dan kemaskini permohonan akan dilakukan oleh LPM malah sesi temuduga juga sudah dijalankan bagi menyenaraikan mereka yang layak.

“Kita percaya pemohon sudah tidak sabar menunggu selain meletakkan harapan yang tinggi oleh kita harap projek ini dapat dijayakan sebaiknya dan bakal penghuni dapat memulakan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut Ban Hong berkata, bagi menyiapkan kerja yang terbengkalai itu projek pembinaan yang sebelum ini bernilai RM42 juta ada mendapat peruntukan tambahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3143
Kongsi :
Previous post Piuh penggemar mi kari
Next post MPJ lelong lembu tidak dituntut
Ubah saiz-+=