PROJEK INOVASI MPJ MUDAHKAN OKU, KERJA TURAPAN JALAN

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

JASIN 25 November – Dua produk inovasi iaitu ‘Stair Ramp Blend’ (SRB 24) dan ‘Accumix Scales’ dihasilkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengetengahkan elemen yang memberi manfaat kepada orang kurang upaya (OKU) serta kerja pengukuran  bagi aktiviti turapan jalan.

Produk rekaan ini MPJ melibatkan dua kumpulan iaitu Just In Trooper dan Lesir Kencana bagi Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024-2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, Pahang.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata dua kumpulan berkenaan dihantar selepas saringan akhir daripada lima kumpulan yang dicalonkan.

“Alhamdulillah kita berjaya menghantar dua kumpulan untuk mempersembahkan projek mereka pada peringkat akhir pertandingan.

“Dua kumpulan ini menghasilkan produk inovasi yang memberi manfaat kepada OKU dan orang ramai (stair ramp) serta memudahkan kerja-kerja infrastruktur mengukur turapan jalan (accumix scales).

“Sebelum ke peringkat akhir, kumpulan ini perlu menempuh dua pusingan iaitu peringkat dalaman dan peringkat akhir yang mana kita mengadakan simulasi menambah baik persembahan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di pejabatnya di MPJ di sini, baru-baru ini.

Katanya penyertaan dua kumpulan itu adalah secara sukarelawan yang melibatkan kakitangan daripada pelbagai jabatan seperti kejuruteraan, pengurusan dan lain-lain.

“Diharap kumpulan MPJ berjaya membawa pulang pingat pada pertandingan ini, mereka ini secara sukarelawan mengetengahkan idea sendiri untuk menyertai pertandingan,” katanya.

Untuk rekod sebanyak 68 penyertaan daripada PBT seluruh Malaysia telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

54
Kongsi :
Previous post PERMOHONAN ANJUR BAZAR RAMADAN DITUTUP 15 DISEMBER DEPAN
Next post JOM DATANG ‘MACHAP WALK’ SETIAP HUJUNG MINGGU
Ubah saiz-+=