
Projek HSR bakal bawa limpahan ekonomi buat Melaka
AYER KEROH 20 Julai – Pemilihan Melaka sebagai lokasi stesen Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diyakini membawa limpahan ekonomi buat negeri ini.
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, dengan adanya projek berkenaan ia dapat meningkatkan lagi kedatangan pelabur dan pelancong ke bumi bersejarah ini.
“Selain itu, saya juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri membesar dan memanjangkan jalan raya, pelabuhan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) untuk menarik lebih ramai pelancong dan pelabur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.
-Berita lanjut menyusul-
Views:
Related


Berita Lain
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...