Projek FAM-MSN tidak mungkin lahirkan pemain hebat dalam masa singkat
SHAH ALAM 5 April. – Skuad ‘ubi muda’ Projek FAM-MSN yang melalui enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan, masih memerlukan masa untuk memperbaiki mutu permainan.
Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN Yusri Che Lah berkata pasukan yang mula berjuang dalam saingan Liga Premier sejak 2 Februari lalu tidak mungkin dapat melahirkan pemain berpotensi dalam masa singkat.
“Saya faham dengan semua kata-kata di luar sana, mereka tidak inginkan jawapan yang selamat.
“Tetapi bagi saya siapa juga berada di tempat saya harus menerima keadaannya kerana inilah pembangunan yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) malam tadi.
Beliau juga mengakui bukan mudah untuk barisan pemain berusia antara 17 hingga 20 tahun berhadapan dengan pasukan yang mempunyai pemain import.
Yusri berharap pasukannya kembali bersemangat dan memperbaiki prestasi mereka untuk perlawanan berikutnya menentang Kuching City FC Rabu ini.
Pada perlawanan malam tadi di Stadium UiTM di Shah Alam menyaksikan skuad Projek FAM-MSN tewas 0-5 kepada JDT II.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ORANG JASIN KUMPUL LEBIH 3,000 KILOGRAM BARANG TERPAKAI
JASIN 21 Januari - Sebanyak 3,197 kilogram (kg) barang kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program 'Asal Barang Jadi Duit' sempena...
EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KERETA LANGGAR TAYAR LORI TERCABUT DI SITIAWAN
IPOH, 21 Jan - Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45...
PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA
REMBIA 21 Januari - Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang...
BOT PENUMPANG LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN
PANTAI KUNDOR 21 Januari - Sebuah bot penumpang yang membawa orang memancing ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan...
W.R.U.R BERI PELUANG MPAG SANTUNI MASYARAKAT
ALOR GAJAH 21 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) adalah komitmen Kerajaan Negeri mensejahterakan rakyat melalui aktiviti turun...
W.R.U.R PENGKALAN BATU LEBIH MENARIK, BERBEZA
KUALA LINGGI 21 Januari - Selepas kejayaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi,...