
Projek baik pulik Jambatan Bemban dilaksana Januari 2021
BEMBAN 24 Nov – Jambatan Kampung Solok Bemban yang menjadi laluan penduduk kampung berkenaan untuk ke jalan besar menghala ke pekan Jasin yang rosak akibat hakisan dan banjir dijangka akan dibaik pulih selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban, Ab Rahman Ali berkata, kerosakan pada jambatan yang dibangkitkan kepada Japerun sejak dua minggu lalu telah dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan.
Katanya, hasil lawatan bersama pihak terlibat termasuk JPS daerah Jasin mendapati jambatan berkenaan tidak selamat digunakan oleh penduduk kawasan sekitar.
“Menerusi lawatan itu, JPS memaklumkan proses membaik puluh dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan selepas memperoleh peruntukan daripada kerajaan nengeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI), pada majlis serah kediaman kepada keluarga asnaf di Taman Maju, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, jabatan berkenaan didapati rosak sejak awal November ketika daerah itu dilanda banjir kilat sehingga mengakibatkan mendapan tanah yang terhakis pada tebing sungai di jambatan tersebut.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...