Sorting by

×

Program Penjana KP CAP @ State fokus anak Melaka tiada pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 2 Jun – Institut Tun Perak (ITP) menerusi Program Penjana KPT-CAP @ STATE menawarkan peluang pekerjaan buat semua anak Melaka yang belum bekerja selepas bergraduasi.

Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama ITP itu memberi peluang kepada graduasi tahun 2019, 2020 dan 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif ITP Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, penganjuran Program Penjana KP CAP @ State Peringkat Negeri Melaka pada masa sama menawarkan dua program yang menarik.

“Program ini ditawarkan kepada semua anak Melaka yang memiliki kad pengenalan 04/30, graduan diploma atau ijazah dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang bergraduasi pada 2019, 2020 dan 2021 dan belum bekerja.

“Terdapat dua program ditawarkan iaitu ‘Place and Train’ (latihan dan penempatan pekerjaan) untuk 300 peserta bagi Kursus Sijil Latihan Kompetensi atau Profesional sebelum memulakan pekerjaan yang ditawarkan agensi, anak syarikat negeri atau industri tempatan.

“Keduanya, kursus latihan menjadi usahawan kepada 200 peserta yang menyediakan Sijil Kompetensi atau Profesional, bimbingan mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menawarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit kepada yang berminat serta layak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sabri antara peluang pekerjaan disediakan termasuklah kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, logistik,
kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan automotif dan lain-lain program berkaitan.

“Bagi program keusahawanan meliputi Young Agropreneur Program, Transformation Business Into e-Commerce Programmed, The Secret of How To Set Up Printing Production Business, The Secret of How To Online The Business and Marketing Like Pro.

“Permohonan dan pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi pihak ITP di talian 06-317 4475 atau telefon bimbit 011-1111 7547, [email protected] atau melalui faks pada talian 06-317 2671,” katanya lagi.

Katanya permohonan dan pendaftaran juga boleh dibuat dengan melakukan imbas QR code yang tertera, bagi mengisi borang permohonan untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad mengikut kekosongan yang ditawarkan.

ITP anjur Program Penjana KP CAP @ State peringkat Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1304
Kongsi :
Previous post Polis Melaka tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu dan ekstasi RM7.2 juta
Next post COVID-19: Terpaksa mohon makanan kerana tidak pandai memasak
Ubah saiz-+=