PROGRAM MELAKA EXPLORACE TERBESAR ANJURAN BERNAMA SEMPENA TMM2024
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata acara lain pada Oktober termasuk Minggu Jerman Melaka 2024 (14-17 Okt) dan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 (31 Okt hingga 3 Nov).
“Bagi bulan ini pula melibatkan Pesta Pantai Melaka dan Festival Layang-layang Gergasi Melaka yang kedua-duanya berlangsung pada 14 hingga 15 Sept,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Seminar Vibrant Melaka: Creating a People-Centric Living Spaces sempena sambutan ulang tahun pertama program Santai@Banda Hilir dan sambutan setahun Zon Bebas Kenderaan (ZBK) di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.
Bernama sebelum ini melaporkan, Melaka Explorace akan memberi tumpuan kepada produk pelancongan negeri selain kesan sejarah serta destinasi di setiap daerah di negeri itu yang akan ditonjolkan dalam pertandingan tersebut nanti.
Ia turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena TMM2024 kali ini.
Pertandingan Melaka Explorace akan membabitkan tiga kategori iaitu Terbuka, Media, Agensi Kerajaan Melaka dan Bernama.
Untuk penyertaan boleh klik link berikut di http://bit.ly/47dSZTi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.