Program Melaka Bila Larut Malam ditangguh ke 13 Julai

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Kerajaan Negeri menangguhkan Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ kepada Sabtu minggu hadapan iaitu 13 Julai.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata ia bagi menghormati sambutan Maal Hijrah dan Ceramah Perdana yang diadakan pada Sabtu ini (6 Julai).

“Bagi menghormati Awal Muharram yang jatuh pada malam Sabtu 6 Julai 2024, Kerajaan Negeri Melaka akan menangguhkan Melaka Bila Larut Malam: Edisi Bulan Julai kepada Sabtu (13 Julai).

“Kita juga akan mengimarahkan malam Maal Hijrah dengan Ceramah Perdana Ustaz Abdul Somad pada Sabtu 6 Julai 2024 di Stadium Hang Jebat,” katanya.

Sebelum ini Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kerajaan Negeri akan menampilkan kelainan pada setiap bulan bagi penganjuran program itu.

Menurutnya, antara kelainan itu adalah memperkenalkan pakej dan program baharu yang lebih menarik untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan negeri agar terus berkembang.

Untuk rekod Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang pertama telah diadakan pada 1 Jun lalu.

Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung dan pelancong telah menyerbu tempat-tempat pelancongan yang menawarkan tiket serendah RM10 sempena program ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

154
Kongsi :
Previous post Dua anggota polis cedera, MPV dilanggar orang awam
Next post Pegawai kanan polis didakwa langgar pelajar mohon dibebaskan dengan jaminan
Ubah saiz-+=