Program kebudayaan, kesenian warnai Melaka Heritage Festival 2024

Masa Membaca:52 Saat

BANDA HILIR 7 Julai – Kerajaan Negeri bakal mengadakan pelbagai program kebudayaan dan kesenian bermula 12 sehingga 14 Julai ini sempena sambutan Melaka Heritage Festival 2024.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, penganjuran program selama tiga hari itu dijangka menarik kedatangan kira-kira 60,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan di Muzium Rakyat sempena festival ini, antaranya adalah persembahan silat, perarakan pelbagai jenis pakaian kebaya oleh 200 peserta bermula di muzium ini hingga ke jam besar, manakala pada sebelah malam pula kita akan adakan tarian kebudayaan.

“Di Encore Melaka kita juga akan adakan teater mengenai Hang Tuah yang bakal dihadiri kira-kira 1,800 pengunjung termasuk duta-duta daripada pelbagai negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka dan Museum Heritage & Art Phonegraphy Competition di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

315
Kongsi :
Previous post Ahmad Abrar tokoh anak muda Islam Melaka
Next post RM1.05 juta laksana program kemahiran, pembangunan komuniti luar bandar Melaka
Ubah saiz-+=