
Program kacau dodol DUN Rim bantu asnaf
AYER KEROH 17 Julai – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rim akan mengadakan Program Mengacau Dodol 25 Julai ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata, sebanyak 13 kawah dodol akan dibuat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini.
“Sebelum ini kita buat berpuluh kawah, tapi kali ini kurang sedikit sebab masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Program ini juga sempena pelantikan 13 Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ini,” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya, program itu bermula kira-kira jam 9 pagi hingga 2 petang melibatkan seramai 13 JPKK yang baharu dilantik itu.
“Kita tak mahu orang kampung datang berkumpul ramai-ramai, jadi kita agihkan kepada orang ramai yang lalu di hadapan Japerun.
“Manakala, setiap JPKK akan mengagihkan dodol untuk disumbangkan kepada asnaf-asnaf di kawasan masing-masing,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...