Sorting by

×

Program ‘Cinta Penghujung Senja’ dapat sambutan luar biasa

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 19 Feb – Program Pasca Perkahwinan Negeri Melaka – ‘Cinta Penghujung Senja’ anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mendapat sambutan luar biasa sejak pendaftarannya dibuka Rabu lalu.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lebih 120 penyertaan melibatkan 60 pasangan yang ingin menyuntik kembali rasa cinta diterima, namun pihaknya hanya menyediakan tempat untuk 20 pasangan iaitu 40 orang sahaja.

Katanya, program anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan diadakan di Hotel MITC pada 4 hingga 6 Mac depan.

“Kita buka iklan di Facebook hari Rabu malam, dan pada hari Khamis siang terpaksa menutup penyertaan kerana permohonan yang luar biasa banyak.

“Ramai pasangan di Melaka ini yang ingin menyertai di mana usia perkahwinan mereka perlu melebihi 25 tahun, usia 55 tahun ke atas. Program yang direncanakan juga menarik.

“Ada juga yang telefon pejabat minta untuk buat lagi di masa hadapan, insya-Allah, kita cuba usahakan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

PROGRAM Pasca Perkahwinan Negeri Melaka anjuran JAIM.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata program seumpama itu merupakan julung kali diadakan di negeri Melaka.

Katanya, antara objektif program tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi rasa cinta di penghujung usia sesama pasangan.

“Program ini untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dalam kalangan pasangan, kasih syg antara suami isteri sebab itu namanya cinta di penghujung senja.

“Antara program yang menarik seperti slot masam-masam manis, janjimu padaku dan pelbagai lagi yang mana program yang diadakan ini sesuai dengan usia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1193
Kongsi :
Previous post Lebih 1,200 terima manfaat projek inovasi komuniti TERAJU
Next post Polis tahan tujuh lelaki culik pekerja Bangladesh
Ubah saiz-+=