Sorting by

×

Program Back To School, khidmat gunting rambut percuma ringankan beban ibu bapa

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Mac- Ibu bapa dan penjaga 180 murid serta pelajar terbabit dalam Program ‘Back To School’ di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara meluahkan rasa syukur atas bantuan diterima.

Ada dalam kalangan mereka terkesan akibat pandemik COVID-19 menarik nafas lega dengan program tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar membeli peralatan persekolahan anak masing-masing.

Bapa kepada empat anak Mohamad Faizal Harun, 41, berkata dia dan isteri sangat bersyukur kerana pemimpin setempat tidak lokek dan kerap menganjurkan pelbagai program meringankan bebanan rakyat lebih-lebih lagi apabila menjelang musim kembali ke sekolah.

“Program ini sangat bagus, selain menerima bantuan persekolahan empat anak saya berusia 12,9, 7 dan 5 tahun juga mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma.

“Sementara menunggu untuk menerima bantuan persekolahan, boleh gunting rambut di khemah yang disediakan, jimat masa dan kos,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu Nur Azian Zulkifli, 38, berkata, program seumpama itu membolehkan ibu bapa berjimat dan menggunakan wang yang ada untuk membeli keperluan lain.

“Banyak sangat kita ibu bapa dapat berjimat, program seumpama ini wajar diteruskan, khidmat gunting rambut juga percuma, tidak perlu lagi keluar mencari kedai gunting rambut, kerana semuanya disediakan di sini.

“Sistem kupon yang digunakan disini juga lebih sistematik dan teratur,” katanya

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1099
Kongsi :
Previous post Ibu bapa disaran pantau anak guna gajet – Ab Rauf
Next post Rotan anak murid: Ustaz dipenjara enam bulan
Ubah saiz-+=