Sorting by

×

Produk tidak berdaftar, bernotifikasi hampir RM100,000 dirampas

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 25 Mac – Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), merampas sejumlah ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bernilai hampir RM100,000, awal bulan ini.

Pengarah JKNM, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, operasi itu dijalankan pihaknya hasil risikan susulan aduan awam mengenai aktiviti penjualan produk berkenaan.

“Dalam operasi itu sebanyak 108 ubat tidak berdaftar termasuk kosmetik tidak bernotifikasi dan dua peranti digital dirampas

“Rampasan dilakukan kita mendapati berlaku perlanggaran undang-undang mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, kesemua ubat dan kosmetik yang dirampas itu dipercayai diimport dari China dan dijual secara dalam talian bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa.

Dr. Ruzita berkata, siasatan lanjut berhubung rampasan itu masih diteruskan termasuk menerusi penguatkuasaan di premis-premis bagi memastikan hanya produk kesihatan berdaftar sahaja dijual kepada pengguna.

Berikutan itu beliau, menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati semasa membuat sebarang pembelian ubat atau produk kosmetik terutamanya menerusi dalam talian.

Jelasnya, JKNM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas pihak sama ada individu atau syarikat yang didapati menjual ubat atau kosmetik yang melanggar undang-undang.

“Justeru itu, kita memberi amaran agar mereka yang terbabit untuk menghentikan segera penjualan sebarang ubat-ubatan atau produk yang tidak berdaftar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post PDRM hasrat tubuh jabatan baharu fokus jenayah digital dan teknologi
Next post Juruteknik kilang ditahan miliki pistol, peluru hidup
Ubah saiz-+=