
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari – Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak mempunyai maklumat pengimport pada bungkusan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr. Ruzita Mustaffa berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya pada Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam: Tahun Baharu Cina di premis terbabit.
“Bungkusan bahan makanan itu dipamerkan diruangan rak ‘chiller’ namun tiada maklumat berkaitan pengimport dilabelkan.
“Justeru itu kami mengeluarkan satu notis kesalahan mengikut Peraturan 11(1)(j) dengan nilai kompaun berjumlah RM3,000,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan di sebuah pasar raya di Malim, hari ini.

PRODUK sudah melepasi tarikh luput dikesan penguatkuasa JKNM.
Menurutnya, dalam pemeriksaan sama pihaknya turut mengesan terdapat beberapa buah-buahan yang sudah busuk dan rosak selain produk sudah melepasi tarikh luput namun masih dipamerkan di rak jualan.
“Sebanyak 101 barangan telah disita pasukan penguatkuasa dalam operasi kerana masih dipamerkan di rak jualan meskipun sudah tamat tempoh, tin kemek, bocor dan rosak.
“Selain itu satu kompaun mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 turut dikeluarkan terhadap premis ini yang membabitkan nilai kompaun sebanyak RM500,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...