Sorting by

×

Produk Raudhah Dakwah bentuk modal insan unggul

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG MINYAK 7 April – Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) melancarkan Program Produk Raudhah Dakwah (RD) bertujuan membentuk modal insan yang unggul.

Guru Besar SKTM2, Nor Azah Harun Alias berkata visi RD adalah untuk melahirkan murid yang berdaya saing berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.

“Justeru, komitmen semua pihak amat penting selaras dengan Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu kerjasama komuniti setempat.

“Pelbagai aktiviti dan perancangan dibuat dalam menjayakan misi dan visi itu, antaranya membina mini kompleks haji dan umrah, raudhatul sakinah untuk pengurusan jenazah, raudhatul muzaraah untuk pertanian dan juga raudhatus solihin sebagai taman Bahasa Arab,” katanya.

Majlis pelancaran produk Raudhah Dakwah SKTM2, baru-baru ini disempurnakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Hadir sama Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Abd Razak Aman; Pengerusi PIBG SKTM2, Mohamad Farid Yahya dan Pengarah urusan Sinar Mesra Global, Datuk Seri Sazali Wagimin.

Katanya, selain itu Surau Raudhatul Jannah dijadikan sebagai pusat mentarbiah murid dalam mengamalkan amalan yang baik dan selaras dengan kehidupan seorang Muslim.

“Pihak sekolah juga telah menyediakan modul khas untuk murid menguasai amalan yang disyariatkan dalam Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

964
Kongsi :
Previous post Rangka kanak-kanak perempuan ditemukan
Next post Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura – Bukit Aman
Ubah saiz-+=