Sorting by

×

Produk pembangunan belia terus diperkasakan di setiap Parlimen

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 5 Dis – Kerajaan negeri komited untuk membangunkan pelbagai produk pembangunan belia di Melaka.

Exco Belia, P Shanmugam berkata, pelbagai produk yang menyentuh antaranya keusahawan, kesenian dan kebudayaan akan diperkasakan bagi merancakkan aktiviti belia seiring Melaka yang dikenali sebagai negeri belia.

Beliau berkata, antaranya pusat aktiviti sudut busking, lukisan dan kesenian akan dibangunkan di setiap Parlimen di negeri ini sekali gus mampu mengetengahkan bakat dan aktiviti belia di negeri ini.

“Kita adakan buskers corner ini semua di setiap Parlimen untuk menarik minat belia 16 tahun ke atas, supaya ‘interaction’ (interaksi) itu ada.

“Ia akan mewujudkan satu tempat di mana belia akan ‘interact’ sesama belia, contohnya kalau kamu suka melukis, kamu datang sana, ada satu corner untuk melukis.

“Dalam masa terdekat ini seperti manifesto yang sebelum ini, kita akan laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2021 di Hotel Ames, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat bagi membangunkam e-sukan di negeri ini yang diyakini akan membawa pulangan hebat buat anak muda Melaka yang berbakat dalam bidang itu.

“Aktiviti-aktiviti melibatkan penggunaan internet seperti ‘e-games’ ini, saya dulu berpendapat, itu adalah satu perkara yang tidak begitu hebat, tapi saya difahamkan oleh rakan-rakan yang bahawa di Malaysia pun ada kumpulan yang telahpun menang tempat kelapan dan jumlah kewangan yang diperolehi atas kemenangan itu ialah USD 114 juta.

“Mungkin saya akan dapatkan pandangan macam mana kita nak pertingkatkan (industri kalangan) belia-belia di Negeri Melaka, itu adalah cadangan dalam masa terdekat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1037
Kongsi :
Previous post Kesemua 114 pelajar Sekolah Seri Puteri di MAEPS dalam keadaan baik – Abdul Latiff
Next post Hujan ‘ujian’ pertama proses penamaan calon DUN Bukit Sari, Ba’kelalan
Ubah saiz-+=