
Produk desa terus diketengahkan
AYER KEROH 23 Julai – Kerajaan negeri terus memperkasakan produk industri desa dengan mengetengahkannya ke pasaran tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, produk industri desa ini bukan hanya dipasarkan ke pasaraya besar, malah juga diletakkan di hotel untuk diketengahkan.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan data bagi mengenal pasti berapa ramai yang terbabit dalam indsutri desa ini.
“Kita akan membincangkan dengan supermarket dan hypermarket bagi meletakkan produk mereka ini di sana untuk dipasarkan dan diletakkan dibahagian hadapan premis.
“Produk- produk ini juga akan dipindahkan ke hotel kerana ia menjadi tumpuan pelancong luar dan domestik,” katanya.
Belia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Abd Rahman (BN-Sungai Rambai) pada hari keempat Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Views:
Related


Berita Lain
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...