Sorting by

×

PRODUK DESA MELAKA PERLU TEROKA INDUSTRI HALAL

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Usahawan kecil di kawasan luar bandar perlu meneroka pasaran halal yang kini semakin berkembang pesat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri amat menggalakkan produk-produk kampung di negeri ini mendapatkan pensijilan halal, supaya ia dapat diketengahkan lebih jauh, selain diyakini orang ramai.

“Setiap bulan kita melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang halal terutamanya mereka yang mengusahakan kuih-kuih tradisional dan pelbagai lagi.

“Walaupun hanya bermula kecil-kecilan, Kerajaaan Negeri amat menggalakkan mereka ini mendapat pengiktirafan sijil halal kerana kita melihat permintaan terhadap produk halal ini amat tinggi di dunia.

“Malah, produk halal ini juga memberi lebih keyakinan kepada pengguna-pengguna, khususnya mereka yang beragama Islam untuk menikmati produk yang Halalan Toyyiban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Md Shameem Ahsan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyarankan kesemua pengusaha produk halal di negeri ini lebih aktif dalam memasarkan produk mereka, bukan sahaja secara konvensional, bahkan beralih kepada pemasaran digital.

Jelas beliau, ia kerana perkembangan dunia digital masa kini dapat membantu mengangkat lebih banyak produk yang bukan sahaja berkualitu bahkan mempunyai pengiktirafan antarabangsa dalam pensijilan halal.

/END

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

93
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA PERKASA PELANCONGAN HALAL
Next post INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
Ubah saiz-+=