
Probowo dikurnia D.G.S.M, bawa gelaran Datuk Seri
SERI NEGERI 26 Julai – Menteri Pertahanan Indonesia Datuk Seri Probowo Subianto dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri
Penganugerahan itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka [Sesi Khas] di Pejabatnya, hari ini.
Probowo yang juga Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) kini berada di Melaka bersempena Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung selama enam hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Istiadat khas itu turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...