Sorting by

×

PRN Sarawak: SPR akan umum tarikh penamaan, undi pada 24 Nov

Masa Membaca:33 Saat

KUALA LUMPUR 12 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan satu Mesyuarat Khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 Nov ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Kuching, Sarawak pada jam 9 pagi.

Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak.

Ia termasuklah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan-persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1384
Kongsi :
Previous post Telok Mas: Razak janji masjid, balai raya nikmati akses Wifi percuma
Next post Saya tetap akan berjumpa rakyat – Sulaiman
Ubah saiz-+=