Sorting by

×

PRN Sarawak: DAP Sarawak umum 18 calon

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

KUCHING 26 Nov – DAP Sarawak hari ini mengumumkan nama 18 daripada 26 calonnya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata calon-calon yang diumumkan adalah Granda Aing untuk Tasik Biru, Chang Hong Siong (Mambong), Laerry Jabul (Kedup), Brolin Nicholsion Benedict Achung (Bukit Semuja), Leon Jimat Donald (Simanggang), Philip Wong Pak Min (Repok), Yong Siew Wei ( Meradong).

Calon lain, Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assek), David Wong Kee Woan (Pelawan), Solomon Kumbong (Pelagus), Joseph Jinggut (Bukit Goram), Kenneth Lagong (Baleh), Tony Chiew (Tanjong Batu), John Bryan (Kemena), Tonny Ung (Samalaju), Peter Hee Leh Keng (Piasau), Alan Ling Sie Kiong (Pujut) dan Marcus Hugo (Senadin).

Sementara calon lain untuk lapan lagi kerusi iaitu Pending, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawa, Batu Kitang dan Stakan di Kuching serta Bawang Assan dan Dudong di Sibu, akan diumumkan kemudian.

“Kami tidak akan umumkan nama calon untuk enam kawasan di Kuching hari ini, sebagai sebahagian daripada strategi kami pada ketika menanti parti (bertanding) lain untuk umumkan calon mereka,” katanya pada sidang media di sini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada calon-calon.

Sementara itu untuk dua kerusi di Sibu, Chong berkata mereka akan meneruskan rundingan dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang juga membuat kenyataan untuk bertanding di kawasan itu, dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, dikatakan masih lagi akan mempertahankan kerusi Bawang Assan, yang dimenanginya untuk enam penggal sejak 1991.

“Sebelum ini, terdapatnya rundingan bersama PSB tetapi tidak berjaya, namun DAP bersedia untuk bertolak ansur dan masih membuka pintunya untuk rundingan akhir dan susunan untuk kerusi (Bawang Assan dan Dudong),” kata pemegang kerusi Kota Sentosa itu.

Chong juga mendedahkan bahawa parti itu mengemukakan lebih daripada 50 peratus muka baharu, manakala mengekalkan pemegang kerusi yang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis. Sarawak mempunyai 1,252,014 pengundi berdaftar.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Nilai pelaburan Melaka enam bulan tahun ini bernilai RM3.45 bilion
Next post BAM appoints former shuttler Yogendran as men’s singles coach
Ubah saiz-+=