
PRN Melaka: PN setuju guna satu lambang
KUALA LUMPUR 27 Okt – Perikatan Nasional (PN) sepakat untuk menggunakan satu lambang sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, kata sepakat itu telah dicapai oleh semua parti komponen iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN, kelmarin.
Beliau juga berkata, rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PN akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti.
Tambahnya, semua parti komponen PN telah diarahkan untuk menggerakkan sepenuh jentera parti masing-masing dan menggembeleng seluruh tenaga bagi memenangi kepercayaan rakyat Melaka agar mencapai kejayaan dalam PRN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...